Review Nite Ride 16hb & 19hb September 2008

16hb September 2008

Oleh disebabkan tak semua team member bercuti Nuzul Quran pada 17hb September hanya 3 orang sahaja yang berkayuh pada malam itu.

Suhaimi, Rosman & Zaha memulakan kayuhan pukul 10.30pm dari Apartmen Flora menuju ke Plaza Tol Sg Balak. Trafik kurang sibuk. Hentian pertama di pondok R&R Plaza Tol Kajang Utama. Tiada lampu di pondok tersebut. Kayuhan diteruskan ke Bukit Malang... Rosman mula attack di bukit malang diikuti oleh Zaha. Bro Mie tertinggal di belakang. Regroup semula di Plaza Tol Sg Long. Kayuhan diteruskan ke arah Jusco Cheras Selatan. Melepasi Jusco Cheras Selatan Rosman & Zaha telah dikejar 2-3 ekor anjing yang entah dari mana datangnya... sprint dilakukan untuk melarikan diri. Bro Mie tertinggal di belakang. Regroup semula & meneruskan kayuhan santai menuju ke Apartmen Flora. Singgah minum di Restoran Mamak. Kayuhan tamat lebih kurang pukul 12 tengah malam. Layan borak sampai pukul 1.00am & bersurai.

19hb September 2008

Masalah komunikasi menyebabkan kayuhan malam tu hampir dibatalkan. Malam tu 5 orang berjaya dikumpulkan. Bro Suhaimi, Romzi, Rosman, Zaha & Faizol bersama-sama meredah malam untuk menjayakan kayuhan.

Kayuhan bermula dari Apartment Flora pukul 11.15pm menuju Tmn Sutera oleh Suhaimi, Romzi & Zaha. Regroup dgn Rosman sebelum menunggu Faizol di Tmn Sutera. Regroup semula & kayuhan bermula dari Plaza Tol Sg Balak lebih kurang pukul 11.45pm. Pitstop pertama di Plaza Tol Kajang Utama untuk regroup. Mula mendaki Bukit Malang & sampai di pitstop kedua selepas Plaza Tol Sg Long. Regroup & plan route untuk balik ke Tmn Sutera/Apartment Flora untuk mengelak dari dikejar oleh anjing lagi. Susur keluar ke Sg Long menuju ke Lebuhraya Grand Saga & terus ke Plaza Tol Sg Balak. Attack terakhir sebelum sampai plaza tol Sg Balak. Buat illegal exit sebelum plaza tol & kayuhan santai balik ke Tmn Sutera & Apartmen Flora. Singgah minum di Restoran Mamak. Kayuhan tamat lebih kurang pukul 1.00am. Layan borak sampai pukul 2.30am & bersurai.

Overall kayuhan memang enjoy. Trafik pun kurang. Plan untuk satu lagi Nite Ride weekend nie sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Sorry... gambar tiada sebab tak bawak camera.

Zaha

3 comments:

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

Bro kejar anjing tu balik

Faizol said...

Siapakah gerangannay En. Beskal Chap Ayam ni?

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

BCA seorang peminat beskal dan pembaca blog beskal hehehhehe