Merdeka Ride - 31st August 2008 - Lebuhraya Lekas

Gang,

Untuk Merdeka Ride aku propose ride dari Tmn Sutera ke Pajam melalui Lebuhraya Lekas (Lebuhraya baru dirasmikan pada 22hb Ogos 2008). Map untuk ride adalah seperti di bawah:-


Klik gambar untuk paparan penuh


Description:-
Mula dari Tmn Sutera masuk ke Silk Highway arah Sg Ramal. Masuk kiri ke arah Kajang Utama. Terus ke arah Kajang Perdana. Exit Silk Highway ke arah Semenyih memasuki Lebuhraya Lekas. Terus melintasi Toll Kajang Selatan. Kayuhan diteruskan ke arah Pajam. Sampai Toll Pajam. Pistop. Mileage dah +-30KM. Refuel apa yang patut. Masuk balik Lebuhraya Lekas melalui Toll Pajam menuju ke Toll Kajang Selatan. Terus melintasi Toll Kajang Selatan & terus lagi. Masuk ke Silk Highway arah Kajang Utama. Terus ke arah Sg Ramal & balik ke Tmn Sutera. (Sorry aku belum survey lagi Lebuhraya Lekas nie jadi tak tau samada berbukit atau landai)

Jarak : +- 60KM
Tempat Pertemuan: Taman Sutera
Tayar Golek: 7.30am/8.00am
Peringatan: Untuk langkah berjaga-jaga tolong bawak air & makanan lebih sebab sepanjang lebuhraya tiada kedai (Stesen minyak di lebuhraya mungkin belum beroperasi).


Jadi kita dah ada 2 ride untuk minggu ini. Nite ride pada 29hb dan Merdeka Ride pada 31hb. Amacam gang??

Kalau rasa jarak nie kurang mencabar aku ada alternatif route yg boleh mencecah jarak >70KM & berbukit.

Zaha

2 comments:

Faizol said...

Ok...kena Meeting ni...

Bila boleh meeting ni?

Zaha said...

Lepas Nite Ride pun boleh.. Atau nak meeting Rabu malam ke...